Entah kenapa malam ni bilik terasa panasnya..bahang..cuaca kebelakangan ni tak menentu..
Kalih ke kiri,tidak..kalih ke kanan juga tidak dapat membuatkan aku lena,malah menutup mata pun aku tak mampu..
Ku alih badan menghadap siling hostel yang kian usang dimakan usia..
Perlahan-lahan ku tutupkan jua kelopak mata,esok ada test kata mereka.fikirku dalam hati..
Pendengaran ku menangkap bunyian aneh dari sekeliling..
Ku kalih badan,tidak selesa akan gangguan itu..merungut di dalam hati..
Namun bunyi yang semakin kuat memaksa aku membuka mata..
Sunyi..
Aneh,aku yakin bunyi tadi dari dalam bilik yang sama..
Aku bangun,duduk di atas katil..
Hari sudah petang?aku tertidur mati dari malam barangkali..
Suasana bilik ku rasakan pelik,suramnya terasa lain macam..
Aku bangun,hajat di hati hendak keluar menghirup udara petang..
Segar,kata orang baik untuk kesihatan..
Jalan melepasi beberapa katil,ku lihat Lee berdiri di tepi almarinya..
Diam,tak bergerak..
‘’kau dah kenapa plak?’’aku bertanya..
Dia pusing,memandang aku dengan kedua biji matanya dengan tajam..
‘’kau okay tak?’’tanya ku lagi..
Lee menyengetkan kepala,memandang aku secara horizontal dari kiri..
Aku semakin hairan,rasa tidak sedap mula menular dalam diri..
Lama-kelamaan Lee semakin menyenget dan..
KRAKK!!
Aku terjerit menyaksikan pinggangnya patah dua..
Tubuh Lee berada dalam posisi merangkak dengan kedua tangan dan kaki cuma badannya menghala ke atas..
Aku tergamam..hilang kata-kata dan rasionaliti..perasaan takut menyerbu ke seluruh anggota dan pemikiran.
Dan bila ku lihat ke muka,mulutnya terbuka..ternganga luas bagai ditopang sesuatu.bebola matanya yang galak merenung aku tadi hilang entah kemana..
Farah….tolong….
Sayup perkataan keluar dari mulut yang kekal ternganga..
Air mata terasa di pipi,bukan sedih,takut yang kurasakan..
Teramat takut..
Perlahan tubuh Lee menuju ke arah ku..
Farah….
Air mata semakin deras,aku terlalu takut sehingga gagal menggerakkan tubuhku..
Lee semakin hampir..
Farah..tangan terbaliknya menggengam buku laliku..
Sejuk,kurus,keras..kuat yang kurasakan luar biasa..
Aku menjerit sekuat hati..
Berjaya kaki ku angkat dan lari selaju yang mampu..
Menuju ke pintu terus ke tangga..
Aku lari turun,tanpa berfikir kemana akan aku tuju..
Turun tngkat 3,tngkat 2, tngkat 1..
Turun da turun namun tanah bumi tidak juga aku temu..
Dan dari atas,,kedengaran sayup-sayup suara..
Farah…tolong….
Kerana takut,larian ku percepatkan..
BUKK!
Aku jatuh terduduk..bingung kerana hentakkan kuat tadi..
Melihat ke depan,otakku semakin bejat..mata ku terbuntang luas..
Tergantung tubuh mirip lee,lidahnya keluar hingga ke dada,badannya y bogel seakan di toreh2 dengan pisau..
Darah menitik2 ke bawah..dari sudut matanya,aku lihat ade air mata yang mengalir..
Tubuhnya bergoyang ke kiri dan kanan,perlahan..
Farah….to,to,,tolong….
Esakkan ku semakin kuat,jangan,tolong jangan,aku menggeleng-geleng entah sebab yang aku pun tak pasti..
Farah…aku tersentak,mengigil seluruh badan,meremang..
Terasa hembusan nafas dingin di telinga..
Tangan yang entah dari mana memeluk ku dari belakang..
Arghhhh!!
farah..tolong…
Jangan Lee,jangan..isk3,aku teresak2..
Lee menarik aku,naik ke atas badan ku..
Kulitnya y ditoreh-toreh terasa seakan sisik halus mengulas tubuh ku..
Darahnya mengalir bersatu dengan tubuh ku,basah..
Tolong..suaranya garau..bau busuk hanyir menusuk-nusuk ke deria bau ku membuatkan aku mual..
Badan ku menggigil dek ketakutan yang tidak mampu lagi aku bendung..
Kau janji..farah….
Aku meronta,mahu melepaskan diri..ku kumpul kudrat yang tinggal..
Arghhh!
Lee aku humbankan ke tepi..
KRAKK!
bunyi tulang belulangnya patah menaikkan bulu romaku..
Larian ku hala ke tingkat atas..samar cahaya kelihatan
Lega apabila cahaya matahari ku lihat,baru hendak melangkah,aku jatuh..
Jauh,jauh dan jauh ke dalam kegelapan..
Terasa tangan sejuk tadi memegang lenganku..
Sepasang lagi di kaki ku,sepasang lagi di pinggang,di bahu,di perut..
Arghhhhh!!!
aku menjerit sekuat hati..meronta-ronta sekuat yang mampu..
Jatuh bergelumang dengan tubuh-tubuh y semuanya adalah Lee..
Terasa dagingku di carik-carik,di koyak,di mamah oleh makhluk itu semua..
Aku meronta,menjerit,menangis..
Lemah..
Terasa tangan sejuk Lee di dada,dan ARGHHH!!!!
merobek terus ke jantung,arghh~~
Jeritan ku semakin tenggelam..
Nafas dirasakan sakit,sukar..berat..
Terasa Lee menggenggam,meramas jantung ku yang kini perlahan denyutannya..
Farah…kau janji…
Aku tersentak bangun,nafasku mencungap,titik-titik peluh terasa di dahi..
Ku lihat sekeliling,sunyi..semua yang lain sedang lena dibuai mmpi barangkali..aku baring menghadap siling..
Beristighfar dan mengucap beberapa kali,menenangkan hati yang runsing tadi..kesan air mata ku sapu perlahan,selimut ku tarik..tidur ku sambung semula,berharap tidak lagi disinggahi mmpi yang sama..
*katil milik Lee di sebelah masih kosong..kosong sejak 3 bulan yang sebelum..
Notakaki: illustration is strictly prohibited sebab tuan punye blog pun cuak mase tulis entry ni..
0 comments:
Post a Comment