Aku rindu kau..
Ingatan tertumpu pada wan,si kekasih hati..farah menguris-guris lantai sel dengan ranting kayu yang ditemui di hujung katil..hati begitu rindu akan wan..
Tangan menguris-guris lagi,menulis nama ‘WAN’ atas debu lantai sel..
Seketika ingatan kembali ke 5 tahun sebelum..di mana mereka masih bahagia..
‘‘sorry lambat,lame tunggu?kelas I habis lmbat.’’
walaupun hampir sejam menunggu,bibir wan tetap melakar senyuman tatkala melihat si kekasih hati,farah..mereka kekasih,berkasih-kasihan suda terlalu lama rasanya..mengenali antara satu sama lain,memahami..sejak 4 tahun berkasih,mereka bahagia..sayang yang dirasakan tidak mampu lagi ditutur atau di-bahasakan..
Farah seorang yang manja,terlalu manja..dia gadis yang sopan,manis sekali pada pandangan mata.namun sifatnya yang susah bergaul dan anti-soc membuatkan hidup berputar hanya pada wan..wan lah segalanya,hidup dan matinya..dan dapat dilihat,wan juga begitu..namun,bak kata pepatah,laut tidak akan selalu tenang..
Sejak melanjutkan pelajaran ke universiti berlainan,hubungan dirasakan semakin renggang..kehidupan sebagai pelajar memang memerlukan banyak komitmen..wan faham,farah takut..takut kehilangannya barangkali..acap kali farah mengamuk,membentak atas sebab yang kurang jelas logiknya..wan tahankan saja..
Cuti semester lepas,farah menyatakan hasratnya mahu mereka bergelar tunang..namun atas alasan masih belajar,wan menolak..mana mungkin dia mahu menjadi tunangan orang sedangkan makan minumnya pun masih bergantung pada ibu bapa..wan berfikiran rasional..
Sesuatu terdetik di hati farah..mungkin wan sudah tidak menyayanginya,mungkin wan sudah menyayangi orang lain..farah sedih,kecewa..berejam dia menangis..farah tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa wan..tidak..dia takkan kehilangan wan..tidak..tidak sama sekali..
Seminggu kemudian,wan dilaporkan hilang..hilang begitu sahaja tanpa sebarang kesan..teori polis menyatakan yang wan mungkin dibunuh..seluruh keluarga berkabung,sedih kehilangan anak yang begitu baik sifatnya..tapi pelik,farah nampak tenang..dia nampak redha akan segala yang terjadi..kata orang,farah terlalu terkejut kehilangan wan..realiti hanya dia yang tahu…
6 bulan kemudian, Nilai tempat tinggal wan dan farah digemparkan dengan berita mengejutkan..mayat wan ditemui..yang lagi merunsingkan,ianya ditemui di rumah sewa milik farah..bermakna,hampir setengah tahun,farah hidup bertemankan mayat wan..
Mayat itu sudah teruk benar keadaannya,lesu,lunyai..namun apa yang pelik..baju y dipakaikan kepada mayat masih harum,seperti ditukar setiap hari..di dalam bilik mandi,terdapat helaian rambut mayat..kulit mayat berbau sabun..minyak wangi..farah sudah hilang akal..dia sudah gila..mayat wan diperlaku seperti wan masih bernyawa..wan bagaikan diawet,keras dan tidak mereput..
Sewaktu ditangkap,farah sedang duduk bersama mayat wan..menonton televisyen bersama..
Matanya tertancap pada perkataan ‘WAN’ di lantai sel..air matanya menitis..mereka dengki,mereka merampas kebahagiaan kita..farah teresak-esak menangis..
‘’I rindu you..bau you..tangan you..pelukkan you..i rindu semua..’’
seketika kemudian dia berhenti menangis..tersenyum seorang diri..
‘’but we will always be together,kan sayang?you janji dengan i..i tahu you takkan tipu..’’
Bibir mengukir senyuman..
Dalam samar cahaya,dapat dilihat yang tangan farah mengusap-usap lembut sesuatu..yakni jari milik wan..yang dia ambil secara diam-diam sewaktu mereka merampas kebahagiaannya dulu..
Bibir terus mengukir senyuman..manis sekali..
0 comments:
Post a Comment