Aku sebenarnye touching gile dengan statement lelaki zaman sekarang yang cakap:
‘’Memang,kalau awek kiteorang nak yang glamor2,cantik,sexy..tapi kiteorang akan pilih yang solehah,pakai tudung semua baik kalau nak khawin nanti..’’
Kate diorang(para lelaki) yang tak sedar diri ni semua..
Tak sedar ke,yang kite akan dapat exactly as what we mirror out..
Bila bercinta, selamba usik2 anak dara orang..
Ada yang da sampai tahap bawak ke katil..
Pada aku,both pun salah..
Ibu bapa da bagi amanah,tak reti jaga..
Jangan diikut nafsu,kerana diri kelak binasa..
Tapi bile nak khawin,nak cari yang baik,bertudung semua..
Memang,dalam hadis yang diriwayatkan bukhari,rasulullah bersabda..
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Artinya:
Perempuan dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.
Memang itu yang digariskan oleh Rasulullah SAW tercinta kita..
Tapi apa yang kita terlepas pandang adalah makna tersirat hadis tu..
Kalau nak bernikah,carilah yang baik2..
Dari keturunan sampai ke agamanya..
Providedly kita pun memiliki ciri yang sama..
Tahap kebaikkan yang sama..
Kalau kita,diri pun da tak sempurna,tak suci..
Tidak kiralah lelaki atau perempuan..
Tak adilah kita mengharapkan seseorang yang sempurna untuk kita..
Bayangkan,si dia menjaga dirinya dengan baik dan sempurna..
Dengan harapan mendapat kebaikkan yang sama..
Tapi kita,memilikinya,walau diri tak sesempurna mana..
Dia bersungguh,menjadikan kita kali pertamanya..
Tapi sayang,dia bukan kali pertama kita..
Kalau aku,aku kecewa..
Sebab tu ALLAH MAHA ADIL..
DIA berfirman..
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Maka berlaku adil lah DIA dengan umat-umatnya..
Yang baik dijadikan untuk yang baik dan begitu lah sebaliknya..
Sebab tu lah,sebelum melihat diri orang lain,lihat la dulu ke dalam cermin yang kau tatap tiap hari..
Cukup baik ke kau hendak memiliki dia..
Cukup sempurna ke diri nak berhajat tinggi macam tu..
Bagi sesiapa yang baik hati tetapi mungkin,mendapat yang tidak sama dengan mereka..
Mungkin itu ujian yang DIA beri..
Sebab DIA sayangkan kita..
Bottom line,jadikan la diri kita,sebaik yang sepatutnya..
Dan segala KEBAIKKAN dari DIA akan datang dengan sendirinya..
Aku tak baik,sangat,tapi aku jage ape yang mampu..
Untuk kau yang satu hari akan memiliki aku ape adanya..
Aku sedar,aku tak harap kau sesempurna malaikat atau bidadari..
Cukuplah kita sepadan bersama..
Amin..
0 comments:
Post a Comment