BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 27 January 2012

3 bulan sebelum

Entah kenapa malam ni bilik terasa panasnya..bahang..cuaca kebelakangan ni tak menentu..
Kalih ke kiri,tidak..kalih ke kanan juga tidak dapat membuatkan aku lena,malah menutup mata pun aku tak mampu..
Ku alih badan menghadap siling hostel yang kian usang dimakan usia..
Perlahan-lahan ku tutupkan jua kelopak mata,esok ada test kata mereka.fikirku dalam hati..

Pendengaran ku menangkap bunyian aneh dari sekeliling..
Ku kalih badan,tidak selesa akan gangguan itu..merungut di dalam hati..
Namun bunyi yang semakin kuat memaksa aku membuka mata..

Sunyi..

Aneh,aku yakin bunyi tadi dari dalam bilik yang sama..
Aku bangun,duduk di atas katil..
Hari sudah petang?aku tertidur mati dari malam barangkali..
Suasana bilik ku rasakan pelik,suramnya terasa lain macam..

Aku bangun,hajat di hati hendak keluar menghirup udara petang..
Segar,kata orang baik untuk kesihatan..
Jalan melepasi beberapa katil,ku lihat Lee berdiri di tepi almarinya..
Diam,tak bergerak..

‘’kau dah kenapa plak?’’aku bertanya..

Dia pusing,memandang aku dengan kedua biji matanya dengan tajam..

‘’kau okay tak?’’tanya ku lagi..

Lee menyengetkan kepala,memandang aku secara horizontal dari kiri..
Aku semakin hairan,rasa tidak sedap mula menular dalam diri..
Lama-kelamaan Lee semakin menyenget dan..
KRAKK!!

Aku terjerit menyaksikan pinggangnya patah dua..
Tubuh Lee berada dalam posisi merangkak dengan kedua tangan dan kaki cuma badannya menghala ke atas..
Aku tergamam..hilang kata-kata dan rasionaliti..perasaan takut menyerbu ke seluruh anggota dan pemikiran.
Dan bila ku lihat ke muka,mulutnya terbuka..ternganga luas bagai ditopang sesuatu.bebola matanya yang galak merenung aku tadi hilang entah kemana..

Farah….tolong….
Sayup perkataan keluar dari mulut yang kekal ternganga..

Air mata terasa di pipi,bukan sedih,takut yang kurasakan..
Teramat takut..

Perlahan tubuh Lee menuju ke arah ku..
Farah….
Air mata semakin deras,aku terlalu takut sehingga gagal menggerakkan tubuhku..
Lee semakin hampir..
Farah..tangan terbaliknya menggengam buku laliku..
Sejuk,kurus,keras..kuat yang kurasakan luar biasa..

Aku menjerit sekuat hati..
Berjaya kaki ku angkat dan lari selaju yang mampu..
Menuju ke pintu terus ke tangga..
Aku lari turun,tanpa berfikir kemana akan aku tuju..
Turun tngkat 3,tngkat 2, tngkat 1..
Turun da turun namun tanah bumi tidak juga aku temu..
Dan dari atas,,kedengaran sayup-sayup suara..
Farah…tolong….
Kerana takut,larian ku percepatkan..

BUKK!
Aku jatuh terduduk..bingung kerana hentakkan kuat tadi..
Melihat ke depan,otakku semakin bejat..mata ku terbuntang luas..
Tergantung tubuh mirip lee,lidahnya keluar hingga ke dada,badannya y bogel seakan di toreh2 dengan pisau..
Darah menitik2 ke bawah..dari sudut matanya,aku lihat ade air mata yang mengalir..
Tubuhnya bergoyang ke kiri dan kanan,perlahan..
Farah….to,to,,tolong….
Esakkan ku semakin kuat,jangan,tolong jangan,aku menggeleng-geleng entah sebab yang aku pun tak pasti..

Farah…aku tersentak,mengigil seluruh badan,meremang..
Terasa hembusan nafas dingin di telinga..
Tangan yang entah dari mana memeluk ku dari belakang..
Arghhhh!!
farah..tolong…
Jangan Lee,jangan..isk3,aku teresak2..
Lee menarik aku,naik ke atas badan ku..
Kulitnya y ditoreh-toreh terasa seakan sisik halus mengulas tubuh ku..
Darahnya mengalir bersatu dengan tubuh ku,basah..
Tolong..suaranya garau..bau busuk hanyir menusuk-nusuk ke deria bau ku membuatkan aku mual..
Badan ku menggigil dek ketakutan yang tidak mampu lagi aku bendung..
Kau janji..farah….

Aku meronta,mahu melepaskan diri..ku kumpul kudrat yang tinggal..
Arghhh!
Lee aku humbankan ke tepi..
KRAKK!
bunyi tulang belulangnya patah menaikkan bulu romaku..
Larian ku hala ke tingkat atas..samar cahaya kelihatan
Lega apabila cahaya matahari ku lihat,baru hendak melangkah,aku jatuh..
Jauh,jauh dan jauh ke dalam kegelapan..
Terasa tangan sejuk tadi memegang lenganku..
Sepasang lagi di kaki ku,sepasang lagi di pinggang,di bahu,di perut..
Arghhhhh!!!
aku menjerit sekuat hati..meronta-ronta sekuat yang mampu..
Jatuh bergelumang dengan tubuh-tubuh y semuanya adalah Lee..
Terasa dagingku di carik-carik,di koyak,di mamah oleh makhluk itu semua..
Aku meronta,menjerit,menangis..
Lemah..
Terasa tangan sejuk Lee di dada,dan ARGHHH!!!!
merobek terus ke jantung,arghh~~
Jeritan ku semakin tenggelam..
Nafas dirasakan sakit,sukar..berat..
Terasa Lee menggenggam,meramas jantung ku yang kini perlahan denyutannya..
Farah…kau janji…



Aku tersentak bangun,nafasku mencungap,titik-titik peluh terasa di dahi..
Ku lihat sekeliling,sunyi..semua yang lain sedang lena dibuai mmpi barangkali..aku baring menghadap siling..
Beristighfar dan mengucap beberapa kali,menenangkan hati yang runsing tadi..kesan air mata ku sapu perlahan,selimut ku tarik..tidur ku sambung semula,berharap tidak lagi disinggahi mmpi yang sama..

*katil milik Lee di sebelah masih kosong..kosong sejak 3 bulan yang sebelum..


Notakaki: illustration is strictly prohibited sebab tuan punye blog pun cuak mase tulis entry ni..

Wednesday, 25 January 2012

BIAS: So not cool man..

Tahu kan ape tu bias?bias mean berat sebelah..

Last week I went away on a vacation,pergi mane bukan big deal la kan..
And aku perasan,banyak sangat budaya bias dalam society kite sekarang ni..

Aku pergi toilet,and ade sign ni..


*pusing tengok kat toilet lelaki takada pulak..
Bkan anak tu tanggungjawab sesame ke?
Sebab buat pun sesame kn?
Ntah,aku sndiri pun confuse dengan interpretation orang kite pasal perempuan..

Then pasal panggilan..
Kenape teacher?teacher kn perempuan..
Then lelaki yang jadi cikgu nak panggil ape?
Kalau sir,tu bukan name panggilan specific untuk cikgu..
*confuse lagi
Buat la macam steward dengan stewardess,kan adil camtu..
Waiter dengan waitress..
Haa..

Pastu ‘nurse’,kalau lelaki jadi nurse nanti kene bahan..
Lepas tu ade statement,’perempuan takada sense of direction’..
Pastu lagi,ade ‘perempuan is a bad driver’..
Then ade,’lelaki ni memang lambat matang’..
Statement2 yang kadang2 bile pikir,buat aku nak gelak je..

Kalau pasal kaler,pink mesti perempuan..
Lelaki yang pakai pink or suke pink nanti kene joke..
Hello,nabi kita suke pink okay?
Please notice..tak salah pun,suke hati la nak suke ape..
Sebab tu kita ade ‘Human Right Act’ yang aku baru belajar minggu sebelum.
Heish..
*mengeluh lagi

Tapi Alhamdulillah la sebab atleast kite more civilized dari orang arab dulu2 kn..
Ape pun tak boleh..*versi jambu
Kalau tak,memang la..
Tak tahu apa nak cakap..

Allah Maha Adil..
Selalu kita sebut2,tapi kita taknak ingat..
Semua yang dijadikan ada fungsi dia..
Kalau perempuan di dunia kene ikut cakap suami,
Si suami kene tanggung dosa kita kat akhirat nanti..

Kalau tuhan jadikan tangan kanan dan kiri..
Satu buat makan,satu buat bersuci..
Kan?kan2?
So jangan la bias,xelok..
*what am I trying to be,your mum?
Haha..mengarut..
*geleng2 kepala

Notakaki: aku feminist ,,dan aku minat tengok raja lawak kat astro warna.kbai.

Wednesday, 18 January 2012

komplikasi hati,PARAH(!!)

Komplikasi hati..
Parah ni,kalau terus-terus je komplikasi yang sama..

Entah la, tension hari-hari dok pk bende yang tak penah nak selesai.
Dah la keje skola kemaen banyak dia(!)
Tambah lagi masalah hati aku ni..

Hati,,hati..
Kenapa nak maen2?
Kenapa degil?
Kenapa haru sangat kau ni?

Cuaca kat kuantan ni pun,tak membantu langsung..
Kejap panas,kejap sejuk..
Aku da rase macam cuaca ni maenkan aku pulak da haa..
Currently,panas gila..
Serious cakap,PANAS!!

Mungkin aku banyak dosa..(?)
Atau mungkin aku spesis mamalia berdarah panas yang sejati?
Hailaa,hailaa..
Takada arah tuju la entry ni..
Macam hati aku la,yang kejap kekiri dan kejap kekanan..

Tak suka la orang tade pendirian ni..*loghat johan raja lawak
Tapi apa y ironi,aku la yang sort of tade pendirian skarang ni..

Notakaki: tak payah nak kutuk sangat,aku pun tak tahu apa yang aku tulis ni..k bye.. -.-‘’

Thursday, 12 January 2012

DIA..

Untuk entry ni aku main taram tulis terus dekat blog tanpa edit..
Hati aku haru..
Hati aku tak tenang..

Banyak da jadi lately..
Banyak sangat,tpi takapa,sebab aku ambik semua tu as progress dalam hidup..
It will never make me give up but it will make me stronger instead..

Haru biru,berkecamuk..
Aku gelak,aku nangis..
Tapi hati still tak tenang..

Bile aku buat flashback sendiri dalam kepala otak ni..
Aku tahu mana silapnya..

Aku sedar da..

Aku da lama sangat lupakan DIA..
Kalau dalam law 088,diorang kata,negligence..

Aku admit,aku da lama tinggalkan DIA..
Walhal DIA setia kat samping aku..
Tak pernah sehari walau sesaat lupakan aku..
Bagi aku nyawa,bagi aku nafas..

Tapi aku?
Aku lupa,aku abaikan..
Tanggungjawab aku, peranan aku..
Ehh?bukan sama ke?hentam la..

Tapi Alhamdulillah,sebab atleast aku  sedar..
And it is never too late,as long as nafas ni still ada..
Peluang tu selalu ade..

Orang putih cakap,opportunity will never knock twice tpi lain dengan DIA..
Sebab DIA syangkan kita..

And atas apa yang da jadi,aku terima..
Aku redha dan redha aku ikhlas..
Untuk DIA..

Aku ambik sebagai satu jalan DIA nak aku balik pada DIA..

Dan aku berserah,kalau itu ketentuan DIA untuk aku..
Aku terima ape adanya..
Orang ckp,it’s the moment when u feel completely alone..
Tapi kita selalu lupa,yang kita ada DIA.
Dan aku takkan give up selagi DIA tak give up pada aku..
AKU SAYANG DIA..

Monday, 9 January 2012

JODOH TU PILIHAN KITA SEBENARNYA...

Aku sebenarnye touching gile dengan statement lelaki zaman sekarang yang cakap:

‘’Memang,kalau awek kiteorang nak yang glamor2,cantik,sexy..tapi kiteorang akan pilih yang solehah,pakai tudung semua baik kalau nak khawin nanti..’’

Kate diorang(para lelaki) yang tak sedar diri ni semua..
Tak sedar ke,yang kite akan dapat exactly as what we mirror out..

Bila bercinta, selamba usik2 anak dara orang..
Ada yang da sampai tahap bawak ke katil..
Pada aku,both pun salah..
Ibu bapa da bagi amanah,tak reti jaga..

Jangan diikut nafsu,kerana diri kelak binasa..

Tapi bile nak khawin,nak cari yang baik,bertudung semua..

Memang,dalam hadis yang diriwayatkan bukhari,rasulullah bersabda..

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Artinya:

Perempuan dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.

Memang itu yang digariskan oleh Rasulullah SAW tercinta kita..
Tapi apa yang kita terlepas pandang adalah makna tersirat hadis tu..

Kalau nak bernikah,carilah yang baik2..
Dari keturunan sampai ke agamanya..

Providedly kita pun memiliki ciri yang sama..
Tahap kebaikkan yang sama..

Kalau kita,diri pun da tak sempurna,tak suci..
Tidak kiralah lelaki atau perempuan..
Tak adilah kita mengharapkan seseorang yang sempurna untuk kita..

Bayangkan,si dia menjaga dirinya dengan baik dan sempurna..
Dengan harapan mendapat kebaikkan yang sama..
Tapi kita,memilikinya,walau diri tak sesempurna mana..

Dia bersungguh,menjadikan kita kali pertamanya..
Tapi sayang,dia bukan kali pertama kita..

Kalau aku,aku kecewa..

Sebab tu ALLAH MAHA ADIL..
DIA berfirman..

 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Maka berlaku adil lah DIA dengan umat-umatnya..
Yang baik dijadikan untuk yang baik dan begitu lah sebaliknya..

Sebab tu lah,sebelum melihat diri orang lain,lihat la dulu ke dalam cermin yang kau tatap tiap hari..
Cukup baik ke kau hendak memiliki dia..
Cukup sempurna ke diri nak berhajat tinggi macam tu..

Bagi sesiapa yang baik hati tetapi mungkin,mendapat yang tidak sama dengan mereka..
Mungkin itu ujian yang DIA beri..
Sebab DIA sayangkan kita..

Bottom line,jadikan la diri kita,sebaik yang sepatutnya..
Dan segala KEBAIKKAN dari DIA akan datang dengan sendirinya..

Aku tak baik,sangat,tapi aku jage ape yang mampu..
Untuk kau yang satu hari akan memiliki aku ape adanya..
Aku sedar,aku tak harap kau sesempurna malaikat atau bidadari..
Cukuplah kita sepadan bersama..
Amin..

Wednesday, 4 January 2012

This was what my heart look like when we got into our relationship..

this was when you hurt me for the first time..

this was when you hurt me for the second time..

and again..

and again...

and you keep on hurting me..

and more..

and more...

and i don't think i can bear the pain any longer..

and this was when you hit it hard..you leave me with nothing except tears and a broken heart...

and after that you came back..
i was really happy..
you tell me that you love me..
I LOVE YOU TOO..

and my heart was like this..

i love you,with my whole possible heart..
I DO..
but there's something you don't know...

you have hurt me so badly that even if my whole heart want to love you just like before,, it will never be the same..
like before..
EVER AGAIN..