KISAH CINTA RETORIK ITU BUKAN KISAH KITA.
Puisi cinta yang kita
ucapkan
Janji-janji yang kita
lafazkan
Itu semua mainan
belaka.
Kerana kita diajar
yang cinta itu indah.
Tapi cinta bukan
seperti gula-gula kapas yang bisa kau rasa manis hingga ke hujungnya..
Cinta itu pengorbanan
Mengakui kau cinta
umpama menyerah diri untuk disakiti..
Cinta itu
menyakitkan..
Seperti aku..
Yang sakit tatkala
aku tak mampu bahagia tanpa kau..
Sakit tatkala bahagia
kau penting dari bahagia aku..
Cinta itu kehilangan
diri..
Seperti aku
Yang dah lama hilang
diambil engkau..
Aku yang kosong tanpa
tawa kau..
Ini semua kejam..
Aku tertipu pada
propaganda cinta..
Ini semua memang
kejam..
0 comments:
Post a Comment